Rayuan UPU Online Sesi 2018/2019

Keputusan rayuan UPU fasa 1 bagi lepasan STPM / Setaraf boleh disemak pada :

Tarikh : 27 Ogos 2018 (ISNIN)
Masa : 12:00 pm

Keputusan boleh disemak melalui portal:

http://upu.moe.gov.my/my

Hotline : 03-8870 8200

keputusan rayuan upu stpm 2018

Keputusan Rayuan UPU Online Fasa 2

Seperti yang sedia maklum Fasa 2 hebahan UPU masih ada untuk anda ! Peluang ini masih dibuka bagi kekosongan tempat selepas pelajar mendaftar di UA. Jadi, anda perlu menunggu sahaja keputusan hebahan ini tanpa sebarang tindakan.

rayuan upu fasa 2 2018

Permohonan Rayuan UPU Online Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2018/2019. Tahniah kepada semua calon yang telah mendapat tawaran.

Akan tetapi, adalah di ingatkan kepada CALON YANG GAGAL jangan bersedih dan bermuram durja. Anda masih mempunyai masa untuk mengemukakan permohonan rayuan.

Permohonan rayuan UPU online lepasan STPM dan setaraf sesi akademik 2018/2019 telah di buka. Rayuan hanya dibuka kepada permohon yang tidak berjaya sahaja.

Rayuan ini hanya untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik premier sahaja.

Jika anda ingin memohon rayuan ke Politeknik Konvensional, METrO, Kolej Komuniti dan ILKA, anda perlu memohon terus kepada agensi berkaitan.

Pemilihan bagi permohonan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baru.

Permohonan Rayuan UPU Online Lepasan STPM

Permohonan Rayuan UPU Online Lepasan STPM

Dibuka selama 5 hari bekerja
31 JULAI – 6 OGOS 2018
DI BUKA PADA 12.00 tgh hari 31 JULAI 2018
DI TUTUP PADA 11.59 malam 6 OGOS 2018

Permohonan Rayuan UPU Online Lepasan SPM

rayuan upu online

Dibuka selama 5 hari bekerja
21-25 MEI 2018

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi talian helpline 03-88708200. Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 8.00 pagi – 5.00 petang

Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my/web/pendaratan-1819.html

Artikel Berkaitan:

Gambar Bogel Ammar Effendy Tersebar, Che Ta Buat Laporan

Sejak semalam, tersebar dua keping gambar bogel Ammar Effendy yang dikatakan mirip anak lelaki sulung Rozita Che Wan itu.

Dua keping gambar mirip Ammar Effendy itu yang memperlihatkan dia menutupi bahagian kemaluannya tanpa seurat benang.

Gambar yang tersebar di Twitter itu bagaimanapun telah dipadamkan beberapa jam selepas dimuat naik.

gambar bogel ammar effendy
Ammar Effendy

Selain gambar tersebut, sebuah video pendek yang didakwa adalah paparan skrin gambar yang tersebar juga turut viral di media sosial.

Rozita Che Wan atau Che Ta mengesahkan telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penyebaran gambar tersebut.

SAPS Ibu Bapa – Semakan Keputusan Peperiksaan Online

SAPS ini adalah singkatan bagi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Sistem ini telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memudahkan dan menyelesaikan masalah pengendalian data murid di seluruh Malaysia.

Salah satu objektif besar dan utama bagi SAPS ini ialah memastikan berlaku pengurangan dalam permintaan data peperiksaan di sekolah. Malah SAPS juga telah menjadi penanda arah kepada pihak ibu bapa dan kementerian melalui analisis:

  • Take Of Value (TOV)
  • Expected Target Result (ETR)
  • Actual Result (AR)

Sistem ini dikendalikan oleh dua golongan guru. Pertama, guru kelas itu sendiri untuk memasukkan dan memastikan maklumat kelas sentiasa dikemaskini seperti data murid. Kedua, guru matapelajaran di mana mereka akan mengemaskini maklumat mata pelajaran yang mereka ajar dan markah peperiksaan bagi subjek masing-masing.

Keputusan markah ujian dan peperiksaan akan di isi oleh guru kelas dan guru matapelajaran. Seberapa cepat masa yang diambil untuk mendapat tahu markah ini bergantung kepada masa yang diambil oleh para guru bagi mengisi data ini.

saps ibubapa

Manfaat SAPS Untuk Ibu Bapa

Ibu bapa dan penjaga juga mendapat manfaat yang banyak daripada sistem ini kerana mereka boleh memantau dan mengetahui perkembangan pembelajaran anak mereka di sekolah dengan cara memuat turun secara dalam talian slip peperiksaan anak mereka melalui portal Semakan Ibu Bapa di SAPS tersebut.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ini mengganti fungsi buku rekod peperiksaan di mana ibu bapa boleh mendapatkan maklumat seperti berikut:
– Bilangan mata pelajaran berdaftar
– Jumlah markah
– Kedudukan dalam kelas / darjah
– Kehadiran
– Peratus gred purata
– Keputusan pencapaian gred keseluruhan

Cara Mengakses Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Bagi ibu bapa dan penjaga boleh mengakses sistem ini dengan pautan rasmi di bawah:

https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/

SAPS Tidak Boleh Diakses?

Ada beberapa faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku sebenarnya:

1. Sekiranya anda mengalami masalah untuk mengakses SAPS ini mungkin kerana capaian yang tinggi semasa anda cuba mengakses. Bila terlalu ramai ibu bapa yang ingin mengakses (lebih-lebih lagi selepas musim ujian dan peperiksaan), server tidak dapat menampung pengunjung yang terlalu ramai. Ini menyebabkan sistem SAPS mengalami ganguan capaian (server down).

2. Kemungkinan yang lain ialah Portal SAPS sedang dalam proses penambahbaikan sistem seperti proses mengemaskini dan penyelarasan sistem.

Nasihat kami untuk ibu bapa dan penjaga yang mengalami masalah ini supaya bersabar dan cuba untuk mengakses Portal SAPS pada waktu bukan kemuncak seperti awal pagi dan tengah malam.

No Kad Pengenalan / Sijil Lahir Tidak Dapat Diakses

Sekiranya masalah ini berlaku kepada anak anda semasa ingin mengakses Portal SAPS, ibu bapa atau anak anda perlu menghubungi guru kelas melalui whatsapp ataupun secara peribadi bagi memaklumkan masalah tersebut.

Cuba hubungi guru semasa waktu persekolahan dan elakkan menghubungi mereka diluar waktu kerja bagi memudahkan anda kerana mereka perlu berurusan dengan guru Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) dan Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah.

Sekiranya ejaan nama anak anda tidak tepat, anda boleh menggunakan kaedah yang sama seperti di atas untuk membetulkan ralat tersebut.

sistem analisis peperiksaan sekolah

Maklumat Lain Berkaitan SAPS

1. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ini hanya menyediakan semakan markah ujian dan peperiksaan bagi Darjah 1 sehingga Darjah 6 untuk sekolah rendah. Dan Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5 untuk sekolah menengah.

2. Pastikan komputer dan juga telefon pintar anda mempunyai perisian yang boleh membaca file PDF seperti perisian Adobe Reader / Foxit Reader bagi membolehkan lampiran slip ujian dan peperiksaan dipaparkan.

3. Bagi data tahun-tahun lepas, ibu bapa dan penjaga juga boleh menyemak dengan menggunakan aplikasi ini.

4. Keputusan Peperiksaan Awam seperti UPSR, PT3 dan SPM tidak akan dipaparkan dan tidak boleh disemak dengan menggunakan portal SAPS ini. Semua keputusan peperiksaan di atas hanya boleh disemak di sekolah masing-masing semasa keputusan peperiksaan diumumkan.

Semakan Saman Trafik, JPJ, PDRM Dan AES

Semakan Saman Trafik, JPJ, PDRM dan AES secara online dan SMS. Bagaimana untuk check saman trafik secara online dan SMS? Hari ini, semuanya kini hanya dihujung jari. Terdapat berbagai cara untuk semak saman sama ada melalui online atau SMS selain dari semakan saman manual.

Antara kesalahan popular yang selalu kena saman termasuk tiada lesen memandu dan tidak renew road tax atau cukai jalan tamat tempoh ketika menunggang motosikal dan memandu kenderaan. Saman speed trap juga turut menjadi igauan pemandu Malaysia.

Saman kepada pemandu atas kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu kini semakin meningkat. Sejak kemunculan media sosial seperti Facebook, Whatsapp dan Instagram masalah itu bertambah teruk.

Adakah anda mempunyai saman trafik, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)? Inginkan kepastian? Lakukan semakan saman sekarang melalui kaedah di bawah.

Panduan Semakan Saman Melalui SMS

Check saman PDRM boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas mySMS. Caranya dengan menaip:

Contohnya ialah POLIS SAMAN 860504105235 atau POLIS SAMAN ABC1234

pada telefon mudah alih dan hantar sms ke nombor 15888.

check saman trafik sms

Untuk semak saman JPJ pula, caranya ialah dengan menaip:

Contohnya ialah JPJ SAMAN 860504105235 atau JPJ SAMAN ABC1234

pada telefon mudah alih dan hantar sms ke nombor 15888.

Panduan Semakan Saman Secara Online

semakan saman jpj

Semakan Saman JPJ

Semak saman JPJ boleh dilakukan di portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan.

JPJ – Rekod notis/saman akan diwujudkan ke atas pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya.

  1. Layari Portal Rasmi JPJ
  2. Pada bahagian “Pilihan Carian” pilih menggunakan No. ID
  3. Pilih Kategori ID
  4. Isikan No. ID
  5. Isikan “Kod Sekuriti” yang tertera
  6. Klik pada butang SEMAK. Hasil Carian akan dipaparkan

semakan saman polis pdrm

Semakan Saman PDRM

Semak saman polis PDRM boleh dilakukan di Sistem Semakan Online PDRM. Sistem Semakan Online (SSO) memudahkan semakan status perkhidmatan polis secara atas talian. Anda perlu mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu dan kemudian log masuk ke dalam sistem dengan mengunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

Setelah Berjaya log masuk ke dalam sistem SSO, anda perlu klik pada ikon “Status Saman” dan anda boleh membuat semakan saman ke atas No. Kad Pengenalan atau No. Kenderaan anda.

Selain itu, anda juga boleh membuat semakan saman secara online menggunakan laman web berikut:

Saman AES Belum Dibayar Dibatalkan

Semua saman AES sejak mula ia diwujudkan pada 2012 hingga 31 Ogos yang belum dibayar adalah dibatalkan serta merta.

Sistem berkenaan akan diambil alih sepenuhnya oleh JPJ bermula 1 September 2018, selepas kerajaan memutuskan untuk tidak menyambung kontrak dengan dua syarikat konsesi iaitu ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd yang mengendalikan sistem itu.

Piala Malaysia 2018

Kancah Piala Malaysia 2018 menjanjikan saingan menarik apabila ulangan dua perlawanan akhir dapat disaksikan seawal peringkat kumpulan.

Edisi 2017 di Stadium Shah Alam menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul trofi Piala Malaysia buat kali pertama sekali gus melengkapkan koleksi trofi domestik selepas menundukkan Kedah 2-0.

Juara Piala Malaysia 2017, JDT diundi bersama naib juara, Kedah dalam Kumpulan C sekali gus menyaksikan pertembungan dua pasukan itu bakal menjadi tumpuan dalam misi merebut dua tempat teratas untuk tiket ke suku akhir.

KEPUTUSAN MAJLIS UNDIAN unifi PIALA MALAYSIA 2018

Kumpulan A:
Perak, Terengganu FC, Kuala Lumpur, FELCRA FC

Kumpulan B:
PKNS FC, Melaka United, FELDA United, PDRM

Kumpulan C:
Johor Darul Ta’zim, Kedah, Kelantan, MIFA

Kumpulan D:
Pahang, Selangor, PKNP FC, Sabah

undian piala malaysia 2018

Aksi pertama peringkat kumpulan akan bermula 4 dan 5 Ogos dengan aksi terakhir peringkat kumpulan akan berlangsung pada 14, 15 dan 16 Ogos.

Saingan suku akhir pertama dijadual bermula pada 21, 22 dan 23 September sementara suku akhir kedua pada 28, 29 dan 30 September.

Separuh akhir pertama akan berlangsung pada 5, 6 dan 7 Ogos manakala separuh akhir kedua pada 19, 20 dan 21 Oktober dengan perlawanan akhir dijadual pada 27 Oktober.

Keputusan Perlawanan (PM3) UNIFI Piala Malaysia 2018

17 Ogos 2018 | Jumaat

  • Kelantan 1 – 0 JDT
  • Melaka United 2 – 2 PDRM

18 Ogos 2018 | Sabtu

  • Sabah 2 – 1 Selangor
  • Kedah 3 – 2 MIFA
  • Terengganu 2 – 2 FELCRA FC
  • PKNP 0 – 1 Pahang

19 Ogos 2018 | Ahad

  • Kuala Lumpur 0 – 2 Perak
  • PKNS FC 2 – 3 FELDA United

Keputusan Perlawanan (PM2) UNIFI Piala Malaysia 2018

10 Ogos 2018 | Jumaat

  • JDT 5 – 1 Kedah
  • MIFA 2 – 0 Kelantan

11 Ogos 2018 | Sabtu

  • Perak 3 – 4 Terengganu
  • Selangor 0 – 2 Pahang
  • Melaka United 3 – 3 PKNS FC
  • Sabah 1 – 0 PKNP

12 Ogos 2018 | Ahad

  • FELCRA FC 1 – 4 Kuala Lumpur
  • PDRM 0 – 5 FELDA United

Keputusan Perlawanan (PM1) UNIFI Piala Malaysia 2018

4 Ogos 2018 | Sabtu

  • Perak 0 – 0 FELCRA FC
  • Kuala Lumpur 1 – 5 Terengganu FC
  • Pahang 1 – 1 Sabah
  • Selangor 0 – 3 PKNP FC

5 Ogos 2018 | Ahad

  • PDRM 2 – 5 PKNS FC
  • FELDA United 0 – 0 Melaka United
  • Johor Darul Ta’zim 1 – 2 MIFA
  • Kedah 0 – 0 Kelantan

PRK Seri Setia 8 September 2018

PRK Seri Setia bakal diadakan serentak dengan PRK Balakong pada 8 September ini dan akan menyaksikan 115 saluran mengundi berbanding 91 saluran pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) Mei lalu.

Kerusi DUN N32 Seri Setia kosong berikutan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lalu.

BN memutuskan untuk tidak bertanding di Seri Setia, sebaliknya memberi laluan kepada Pas.

Tarikh PRK N32 Seri Setia 2018

Penamaan calon: 18 Ogos 2018
Pengundian awal: 4 September 2018
Hari pengundian: 8 September 2018

Calon PRK Seri Setia

Halimey Abu Bakar (PH)
Dr Halimah Ali (Pas)

PRK Balakong 8 September 2018

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 September 2018 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Balakong (PRK Balakong).

Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 18 Ogos 2018.

Kerusi DUN Balakong kosong selepas penyandangnya Ng Tien Chee meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 11.7 Lebuhraya Grand Saga pada 20 Julai lalu.

Pada PRU14 lalu, Tien Chee berjaya mengekalkan kerusi DUN Balakong untuk penggal kedua selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan PAS dengan majoriti 35,538 undi.

Tarikh PRK N27 Balakong 2018

Penamaan calon: 18 Ogos 2018
Pengundian awal: 4 September 2018
Hari pengundian: 8 September 2018

Calon PRK Balakong

Wong Siew Ki (PH)
Tan Chee Teong (MCA)

Pendaftaran i-Suri KWSP Caruman Sukarela Insentif Suri 2018

Pendaftaran i-Suri atau Caruman Sukarela Insentif Suri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dibuat oleh mereka yang layak bermula 15 Ogos 2018.

Mereka yang layak boleh mendaftar sebagai ahli KWSP untuk menyertai skim dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan KWSP di seluruh negara.

Pembukaan pendaftaran i-Suri adalah susulan 10 janji dalam 100 hari Manifesto Pakatan Harapan iaitu memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah.

Individu yang menepati kelayakan dan membuat pendaftaran i-Suri akan menikmati manfaat seperti ahli KWSP lain termasuk dividen tahunan ke atas simpanan persaraan.

Semakan Status Pendaftaran i-Suri

3 syarat utama i-Suri adalah:

  • berusia 60 tahun ke bawah
  • warganegara Malaysia
  • berdaftar dengan eKasih

Sistem eKasih ialah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Golongan yang berdaftar dengan eKasih mempunyai pendapatan isi rumah RM1,500 ke bawah sebulan.

Suri rumah, balu dan ibu tunggal yang profilnya didaftarkan di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih) boleh menyertai i-Suri dengan membuat caruman minimum RM5 setiap bulan ke dalam akaun simpanan persaraan sekali gus melayakkan mereka menerima insentif RM40 setiap bulan.

Mengikut statistik e-Kasih, seramai 221,890 suri rumah, 98,536 balu dan 28,116 ibu tunggal layak menerima insentif itu jika membuat pendaftaran i-Suri.

Pendaftaran i-Suri KWSP Caruman Sukarela Insentif Suri

Gambar dan Biodata Zahirah MacWilson

Nur Zahirah MacWilson binti Zainol atau lebih dikenali sebagai Zahirah MacWilson merupakan pelakon dan model wanita Malaysia yang terkenal menerusi beberapa drama Melayu tempatan antaranya ialah Mencintaimu, Cik Cinderella dan Encik Tengku, Duda Pujaan Dara, Tak Ada Cinta Sepertimu dan Jangan Benci Cintaku.

Biodata Zahirah MacWilson

Nama penuh: Nur Zahirah MacWilson binti Zainol
Nama komersial: Zahirah MacWilson
Tarikh lahir: 1 Februari 1995
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Warganegara: Malaysia
Pendidikan: Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia, Universiti Curtin, Australia
Kerjaya: Model, pelakon
Ketinggian: 5 ft 8 in (1.73 m)
Bapa: Zainol Johari Macwilson
Ibu: Maslinda Yusoff-Macwilson

SocMed Zahirah MacWilson

Twitter: https://twitter.com/zahirahmac

Instagram: https://www.instagram.com/zahirahmacwilson

Gambar Zahirah MacWilson

Zahirah MacWilson

Zahirah MacWilson

Zahirah MacWilson

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2018

Jadual Peperiksaan UPSR 2018 Tahun 6 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Bilakah tarikh peperiksaan UPSR 2018? Perhatian kepada calon, ibu bapa, penjaga yang mempunyai anak bersekolah di tahun 6, berikut dikongsikan Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2018.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP) telah mengumumkan UPSR akan berlangsung pada 20 dan 24-27 September 2018.

UPSR 2018 ini akan bermula pada hari Khamis, 20 September 2018 bagi kertas Bahasa Cina dan Bahasa Tamil Pemahaman dan Penulisan.

Minggu berikutnya pula adalah 24 September 2018 bagi kertas Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan.

Seterusnya pada 25 September 2018, Bahasa Inggeris Pemahaman dan Penulisan, Matematik pada 26 September dan Sains pada hari akhir iaitu 27 September 2018.

Panduan buat ibu bapa dan murid, bermula tahun ini, penilaian murid tidak lagi memfokuskan kepada kecemerlangan akademik sahaja.

Tetapi turut melihat kepada pencapaian murid secara holistik sebagai seorang insan.

Keputusan UPSR hanya salah satu daripada empat komponen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR).

Tiga lagi komponen yang diambil kira ialah:

  1. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  2. PAJSK – Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
  3. Pentaksiran Psikoetrik (PPsi)

Arahan Am UPSR 2018

Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis sama ada kertas peperiksaan objektif aneka pilihan atau kertas peperiksaan subjektif akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan UPSR 2018.

Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia
menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.

Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2018 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

ARAHAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN UPSR 2018

Calon hendaklah berada di tempat duduk masing-masing di dalam dewan/bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan UPSR 2018 dimulakan.

Calon hendaklah meletakkan Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri atau Borang Pengenalan Diri Calon (LP/Am 118) atau Surat Perakuan Pengenalan Diri di penjuru kanan sebelah label meja sepanjang waktu peperiksaan. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan.

Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.

Download Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2018