Eira Syazira Temani Ibu Ketika Hembusan Nafas Terakhir

Eira Syazira Temani Ibu Ketika Hembusan Nafas Terakhir - KUALA LUMPUR : Pelakon, Eira Syazira mengesahkan bahawa ibu tercintanya, Che Ruhani Che Hassan sudah pun kembali ke rahmatullah di Hospital Putrajaya pada 7.20 pagi tadi.

Eira Syazira memberitahu Allahyarham meninggal dunia akibat kanser paya dara tahap 4 yang dihidapinya sejak tiga tahun lalu.

Meskipun sedih dan sayu mengenangkan ibunya yang sudah pun pergi meninggalkan dirinya buat selamanya, namun Eira Syazira berkata dia bersyukur kerana berpeluang berada di samping ibunya saat beliau menghembuksan nafas yang terakhir.

“Sudah tentu pemergiannya merupakan satu kehilangan yang sangat besar buat saya tetapi saya relakannya pergi daripada melihat dia menderita lagi selama ini. Sejak mommy (ibu) sakit 3 tahun lalu saya memang kerap berada bersamanya, malah selepas kansernya semakin teruk saya melawatnya hampir setiap hari.

“Malah, saya bersyukur kerana dapat bersama dan temaninya dia sejak semalam sehinggalah dia menghebuskan nafas yang terakhir. Saya juga sempat bercakap dengannya, tetapi dia hanya bertindak balas dengan mengalirkan air mata sahaja.

“Alhamdulilah, Tuhan lebih menyayanginya dan dia pergi dengan keadaan yang sangat tenang,” katanya kepada murai.com.my

Allahyarham disembahyangkan di Masjid Besi Putrajaya dan telah pun dikebumikan di Tanah Perkuburan Putrajaya.

Sambung Eira Syazira lagi, dia lega kerana permintaan ibunya sejak beberapa minggu lalu untuk melihat anaknya, Amarra Sofea sebelum meninggal dunia sudah dapat dipenuhi pada saat-saat terakhir.

“Ketika saya melahirkan Amarra memang terkilan juga sebab dia tidak dapat menjaga saya ketika berpantang sepenuhnya. Tetapi walaupun dia tidak kuat dan sakit, mommy tetap mahu memandikan anak saya.

“Dia juga selepas itu tidak dapat bersama Amarra kerana beberapa kali dimasukkan ke hospital dan Amarra pula tidak dibenarkan naik ke wad kerana dia masih kecil. Namun, bagi memenuhi hajatnya yang teringin sangat hendak melihat cucunya itu, saya bawakan juga Amarra berjumpanya semalam dan dia sempat menciumnya,” luahnya lagi.

Amarra Sofea merupakan cahaya mata hasil perkahwinannya bersama pelakon Azad Jazmin. – Murai

Eira Syazira Temani Ibu Ketika Hembusan Nafas Terakhir