“Fathia Wanita Pertama Jumpa Keluarga Saya”   Aiman Hakim Ridza

“Fathia Wanita Pertama Jumpa Keluarga Saya” – Aiman Hakim Ridza - Walaupun masing-masing tidak mengakui secara terbuka mengenai hubungan mesra yang terjalin di antara mereka, namun rata-rata peminat Aiman Hakim Ridza dan Nur Fathia Latiff sudah dapat mengagak hubunga sebenar mereka.

Malah, Aiman juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Fathia merupakan wanita pertama yang dibawa berjumpa dengan keluarganya, baru-baru ini.

“Ya, kami sudah bertemu keluarga masing-masing dan dia adalah wanita pertama yang saya bertemu dengan keluarga saya.

“Sebelum ada apa-apa ikatan yang sah, hubungan kami tetap dianggap sebagai kawan sahaja dan biarlah mengenai perasaan itu antara kami sahaja yang mengetahuinya,” katanya yang dipetik menerusi portal mStar.

Mereka dikatakan mula rapat selepas membintangi drama bersiri Diandra yang ditayangkan di TV3, sebelum ini.

Kalau dah sampai jumpa family, nampaknya hubungan Aiman dan Fathia memang sudah berada di fasa yang serius ni.

Semoga hubungan mereka akan kekal bahagia sehingga ke jinjang pelamin kerana kedua-duanya kelihatan secocok apabila digandingkan bersama.

Tak gitu? – MyNewsHub

“Fathia Wanita Pertama Jumpa Keluarga Saya”   Aiman Hakim Ridza