Gadis Berbogel Untuk Kebebasan Ditangkap

Gadis Berbogel Untuk Kebebasan Ditangkap - Tunisia : Selepas beberapa bulan bersembunyi, seorang remaja Tunisia, Amina Tyler,19, akhirnya ditahan oleh pihak berkuasa.

Dia ditangkap di bandar Kairouan, Ahad lalu dan akan didakwa atas tuduhan melakukan provokasi.

Amina merupakan anggota kumpulan aktivis Femen, iaitu kumpulan yang berbogel untuk mengadakan protes.

Gadis itu juga sebelum ini memuat naik gambar bogelnya di internet dengan alasan menuntut hak kebebasan.

Dia ditangkap selepas menconteng bangunan masjid dengan perkataan `Femen‘, dan cuba menggantung banner di bangunan itu.

Perbuatannya itu telah menyebabkan penduduk di situ marah dan menghalau Amina yang berkelakuan kurang ajar itu.

Satu rakaman video menunjukkan bagaimana Amina yang berambut perang itu telah terpaksa diselamatkan oleh polis selepas dia dikejar oleh penduduk yang berang dengan tindakannya itu.

“Dia tidak bermaruah. Kami akan mempertahankan kampung ini daripada budak perempuan kotor sepertinya daripada datang ke sini,” itu antara kecaman penduduk ketika mereka menghalau Amina.

Mac lalu, Amina telah memuatnaik gambar bogelnya dengan tulisan ‘badan saya, milik saya’ hingga menyebabkan dia menerima ancaman bunuh.

Keluarganya kemudiannya telah membawa Amina untuk menetap bersama saudara-maranya namun dia berjaya melarikan diri dan tinggal bersama kawannya. – MyNewsHub

Gadis Berbogel Untuk Kebebasan Ditangkap