Guru Bercinta Dengan Pelajar Menerima Padah

Guru Bercinta Dengan Pelajar Menerima Padah - Di Sussex, England, seorang guru yang lari dengan pelajar perempuannya yang baru berusia 15 tahun setelah hubungan asmara mereka diketahui, bakal merengkok dalam penjara setelah disabitkan atas tuduhan menculik oleh mahkamah.

Sebaikkeputusan dibacakan ke atas Jeremy Forrest, 31, dia sempat menoleh dan mengucapkan ‘I love U’ kepada kekasihnya yang turut berada di mahkamah. Bekas pelajarnya itu kelihatan mengalirkan air mata.

Apabila gadis yang kini berusia 16 tahun itu menghilangkan diri bersama Forrest September tahun lepas, ibunya risau jika ia berakhir dengan kematian lalu melaporkan hal berkenaan kepada polis. Hasil siasatan Interpol, pasangan kekasih itu berjaya ditemui dan ditahan di Bordeaux.

Walaupun Forrest dan bekas pelajarnya itu mungkin merasakan cinta mereka sudah cukup agung, polis Sussex, Detektif Inspektor Mark Ling menyifatkan tindakan Forrest tidak wajar kerana menyalahgunakan kepercayaan seorang gadis muda dan menimbulkan keresahan kepada ibu bapa, keluarga dan pihak sekolah.

Hubungan mereka dikatakan bermula daripada hubungan biasa antara guru dan murid, malah Forrest pernah menegur pelajarnya itu kerana mewarnakan kuku. Hubungan hanya semakin serius selepas Forrest membantu menenangkan pelajar berkenaan ketika dia menghadapi masalah dalam satu trip sekolah ke Los Angeles pada Februari tahun lepas.

Ketika lari di Perancis, Forrest cuba meminta kerja di bar. Jenayah dilakukannya terbongkar apabila salah seorang pemilik bar yang ditemuinya perasan wajahnya tersiar di media.

Kekasih Forrest ketika dihadapkan sebagai saksi bagaimanapun melindungi tindakan bekas guru matematiknya itu dengan berkeras bahawa Forrest menemaninya kerana dia sedang dalam keadaan tertekan hingga menimbangkan hasrat untuk membunuh diri. – MyNewsHub

Guru Bercinta Dengan Pelajar Menerima Padah