Jovian Mandagie & Nina Nafi Mahu Tittle Wedding Of The Year

Jovian Mandagie & Nina Nafi Mahu Tittle Wedding Of The Year - KUALA LUMPUR : Diperkatakan sebagai pasangan yang bakal mendapat gelaran ‘Wedding Of The Year’ kerana persiapan yang disifatkan cukup meriah dan mewah, pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie dan pasangannya Nina Sabrina bagaimanapun menafikannya.

Bercakap kepada portal murai.com.my baru-baru ini, JovianMandagie berkata dia langsung tidak mengharapkan untuk mendapat gelaran berkenaan, melainkan supaya majlis perkahwinannya itu diingati oleh ramai pihak.

“Terus terang saya langsung tidak mengharapkan gelaran seperti itu. Tapi biarlah majlis perkahwinan kami itu nanti akan diingati dan kekal sampai bila-bila.Sebab itu kami tidak melangsungkannya secara besar-besaran.

“Apa yang saya tahu, majlis perkahwinan saya dan Nina dibuat seperti yang direncanakang dan sama sekali berbeza. Semuanya agar ia akan diingati dan InsyaAllah setiap perancangan akan berjalan dengan baik,”katanya.

Jovian Mandagie bakal menamatkan zaman bujangnya bersama anak Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Nina Sabrina Datuk Seri Ismail Sabri pada 11Disember depan.

Selain sebuah majlis akad nikah yang buat pertama kalinya akan diadakan di Muzium Diraja Istana Negara lama pada jam 3.00, mereka bakal diraikan pada majlis resepsi pada 14 dan 15 Disember ini di sebuah hotel terkemuka, Shangri-La Kuala Lumpur.

Ia diikuti pula dengan sebuah majlis resepsi secara terbuka diBera, Pahang (tarikh belum ditetapkan) yang dijangka bakal dihadiri oleh 20,000 tetamu.

Tambah Jovian Mandagie, bagi mengelakan daripada mengundang kemushkilan tetamu yang datang, setiap satu hantaran tidak kira bagi sebelah pihaknya ataupun perempuan akan ditutup rapat dan tidak akan ditayangkan kepada pihak umum.

Namun begitu, setiap barangan hantaran yang ditutup itu akan diletakan di atas dulang atau bekas hantaran yang cantik sebagai memenuhi ada tistiadat perkahwinan masyarakat Melayu tradisi.

“Memang inilah permintaan kami. Bagaimanapun dalam setiap majlis perkahwinan Melayu, hantara itu perlu ada. Cuma kami tidak akan mempamerkan kepada orang ramai.

“Tambahan pula, saya dan Nina memang mahu bertukar-tukar hadiah. Jadi apa salahnya hantaran itu ada, cuma kami tidak tayangkannya sahaja,” katanya.

Menurut Jovian, pelbagai persiapan sudahpun diadakan termasuk menyediakan persalinan untuk ketiga-tiga hari istimewaan berkenaan dan tidak ketinggalan pakaian untuk ahli keluarga serta para pengapit yang turut akan menggayakan persalinan rekaan di bawah labelnya sendiri.

Katanya, beberapa elemen drama akan diselitkan dalam majlis perkahwinannya itu nanti termasuk pakaian yang akan mereka sarungkan pada majlis resepsi betemakan masyarakat Jawa pada tanggal 15 Disember nanti.

“Untuk majlis pada 15 Disember nanti, saya dan Nina akan menyarungkan persalinan daripada fabrik batik. Seperti dalam kebanyakan majlis perkahwinan masyarakat Jawa, saya akan turut menyarungkan kain yang boleh saya panggil seakan-akan skirt.

“Untuk majlis nikah pula, kami akan menyarungkan kain songket DiRaja Brunei yang ditempah khusus untuk majlis persandingan kami ini.

“Manakala satu lagi jenis songket yang dipanggil Silubangsi iaitu songket dari Terengganu yang memiliki corak yang dipanggil Liputan Madu, akan kami gayakan ketika majlis resepsi pada 14 Disember nanti. Semuanya menggunakan rekaan saya sendiri,” katanya.

Selain pakaian, Jovian Mandagie turut turun padang bagi merealisasikan kesluruhan konsep acara termasuk dekorasi dewan perkawinan,pelamin termasuk juadah supaya ianya menepati dengan tema yang diinginkan oleh dia dan bakal isterinya.

Sementara itu, mereka turut mengadakan sesi cubaan bersolek dengan beberapa jurusolek terkenal tanah air yang bakal menyiapkan kedua mempelai untuk kesemua detik penuh bersejarah berkenaan. – Murai

Jovian Mandagie & Nina Nafi Mahu Tittle Wedding Of The Year