Kolaborasi JoHaRa & Bobo — Parodi Lagu Teman Pengganti, Sayang Dan Bosan

Kolaborasi JoHaRa & Bobo — Parodi Lagu Teman Pengganti, Sayang Dan Bosan - Tahap selebriti sekarang ini rasanya Bobo yang mula di’kenali dengan parodi lagu Shae berjudul Sayang. Terbaru Bobo telah di’jemput ke konti ERA fm untuk bersama krew pagi, JoHaRa.

Selain di’temubual tentang perhatian yang diterima beliau semenjak video parodi Sayang menjadi popular, Bobo turut tampil bersama JoHaRa untuk satu lagi parodi khas untuk hiburan anda semua.

Dalam video di’atas boleh nampak ragam penuh kelakar Johan, Haniff dan Ray bersama Bobo dengan lagu Teman Pengganti, Sayang & Bosan versi remix DJ Lil G. Memang layan!

Lebih menarik, video parodi mereka ini berjaya mencapai angka melebihi 230,000 tontonan sejak di’siarkan di Youtube empat hari yang lalu — memang viral seperti video Sayang versi Bobo. – Roti Kaya

Kolaborasi JoHaRa & Bobo — Parodi Lagu Teman Pengganti, Sayang Dan Bosan