Kondisi Kanser Payudara Maimon Talib Kritikal, Tahap 4

Kondisi Kanser Payudara Maimon Talib Kritikal, Tahap 4 - KUALA LUMPUR : Kondisi pelakon versatil, Maimon Talib kini berada di tahap kritikal selepas dia disahkan menghidap kanser payu dara di tahap keempat. Perkara ini telah dikongsi oleh rakan baiknya, Mak Jah yang merupakan seorang pelakon yang tidak kurang hebatnya serta telah membintangi banyak drama dan filem dengan watak yang cukup mengesankan.

“Sebenarnya Maimon dah tahu pasal penyakitnya itu sejak tahun lepas lagi. Tapi, dia telah merahsiakannya daripada semua orang termasuk ahli keluarganya sendiri. Tapi, bila dia asyik sakit-sakit, dia telah terlepas cakap dengan saya pasal penyakitnya itu. Saya marah dia sebab merahsiakan hal itu daripada dia.

“Dan saya suruh dia mendapatkan rawatan dengan segera di hopsital. Tapi, dia degil dan hanya mahu mendapat rawatan menerusi perubatan tradisional saja.

“Anak-anaknya sendiri pun dah puas nasihatkan dia supaya pergi hospital. Dia tidak mahu. Malah, anak-anak dia pulak yang kena marah, sampaikan anak-anak dia minta saya sendiri yang nasihatkan ibu mereka.

“Tapi hendak buat macam mana, sudah begitu kehendak Maimon. Barangkali dia tidak suka jumpa doktor serta pergi hospital,” katanya kepada murai.com.my.

Kemuncak kepada penyakitnya ini bertambah teruk apabila Maimon mula tidak sedarkan diri sebelum dia dimasukkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya penghujung November 2012 lalu.

“Sekarang ini, Mak Jah pun tak tahu sama ada dia (Maimon) masih lagi berada di hospital atau pun sudah pun dibenarkan balik ke rumah. Mak Jah try call anak dia, tapi tak dapat,” katanya.

Antara filem yang pernah Maimon Talin adalah Budak Pailang”, “Sumpahan Kum-Kum”, “Semerah Cinta Stilleto”, “Pensil”, “Cuci”, dan banyak lagi. – Murai

Kondisi Kanser Payudara Maimon Talib Kritikal, Tahap 4