Nora Danish Bawa Famili Ke Cukur Jambul Anak Fasha

Nora Danish Bawa Famili Ke Cukur Jambul Anak Fasha - KL : Murai Batu rasa semua sudah tahu sejak dramatis, Fasha Sandha melahirkan anak pertamanya iaitu Putra Rayfal Ramli, pelakon Nora Danish telah menunjukkan hubungan yang baik terhadapa isteri kepada bekas suaminya itu.

Bermula dengan melawat putera sulung Fasha Sadha ketika dia selamat melahirkan pada April lalu, sehinggalah pada sambutan Hari Raya bersama di rumah ibu bapa Jejai pada Syawal baru-baru ini, mereka berdua kelihatan cukup mesra.

Malah, Nora Danish turut hadir bersama anak, ibu dan kakaknya di majlis mencukur jambul anak Fasha Sandha di rumah ibu bapa Jejai pada Ahad lalu.

Meriah juga Murai Batu lihat majlis cukur jambul yang diadakan keluarga Jejai daripada foto-foto yang dimuat naik Nora ke laman Instagram miliknya itu. Malah, Nora dengan senang menghadiri majlis itu bersama keluarganya. Nampaknya mereka seperti sudah dapat melupakan segala sengketa lama dengan sepenuhnya.

Lebih membuatkan Murai Batu kagum apabila melihat sekeping foto Nora bersama ibunya bergambar dengan Fasha serta ibu dan adik Fasha. Dalam gambar itu kelihatan Nora bergambar bersebelahan ibu Fasha dan Fasha pula bergambar bersebelahan dengan ibu Nora.

Bahagia dan gembira sahaja Murai Batu lihat mereka. Murai Batu harap hubungan mereka dapat kekal baik selama-lamanya supaya silaturahim itu tidak terputus begitu sahaja. – Murai

Nora Danish Bawa Famili Ke Cukur Jambul Anak Fasha