Randy Pangalila Kahwini Michella Putri 3 Tahun Lagi

Randy Pangalila Kahwini Michella Putri 3 Tahun Lagi - KUALA LUMPUR : Biarpun pada awalnya, Randy Pangalila agak keberatan untuk memberitahu nama wanita yang bertakhta di hatinya itu, nanun akhirnya dia mengaku bahawa kekasihnya itu adalah pelakon Michella Putri.

Pun begitu, dia memulakan pengakuan itu dengan memberikan kata-kata pembayang sahaja.

“Nama pangkalnya adalah M. Saya sudah kenal dia selama dua tahun. Dia berlakon dengan saya dalam drama Nada Cinta. Cuba teka?,” soalnya.

Tapi, akhirnya Randy Pangalila memberitahu bahawa kekasihnya itu adalah Michella Putri.

“Mengikut perancangan, saya bakal berkahwin 3 tahun lagi apabila usia saya sudah 25 tahun. Ini semua hanya perancangan saja. Itupun kalau Tuhan menghendaki. Sejujurnya, saya tidak kisah jika bakal isteri saya itu artis atau pun orang biasa,” katanya kepada murai.com.my.

Dalam pada itu, Randy mengakui ada terbaca mengenai gosip yang mengatakan bahawa Elfira Loy bukanlah gadis idamannya, namun dia menjelaskan, ia bukanlah membawa maksud bahawa Elfira bukanlag gadis yang memenuhi tastenya.

“Saya tidak pernah kata Elfira bukan taste saya. Antara saya dan Elfira bukan ada masalah taste. Jujur saya katakan dia comel dan cantik. Apapun, sukar untuk saya berkata lebih-lebih dalam hal ini. Saya pun sudah ada teman wanita.

“Saya kenal dia (Elifira) sebagai teman dan untuk lebih dari sekadar teman bukanlah suatu hal yang mudah. Kalau kawan saya akan berkawan saja. Kalau nak berhubungan cinta, saya akan lebih serius. Untuk itu, saya berani katakan Elfira hanya kawan saja. Tapi dia taste saya jugalah. Okaylah, ” jelasnya dengan senyuman lebar.

Menyentuh mengenai lakonannya dalam drama Dalam Hati Ada Taman yang bakal disiarkan di Astro Ria saluran 104 mulai 29 Oktober jam 9.30 malam, Randy memberitahu, dia rasa seronok bila berlakon bersama Elfira.

“Ini pertama kali saya berlakon dengan pengarah yang kepalanya gila-gila. Jika di Indonesia, semua pengarahnya serius dan tegas-tegas belaka. Apapun, sekarang saya sudah lebih nyaman dan selesa berlakon dengan Elfira. Malah, kami punya chemistry yang baik ,” ujarnya. – Murai

Randy Pangalila Kahwini Michella Putri 3 Tahun Lagi