Tidak Malukah Nampak Seluar Dalam?

Mungkin kerana terlalu ‘berfikiran terbuka’ dan ditambah pula dengan sifat kreativiti yang ada pada para pereka fesyen, maka terciptalah pakaian-pakaian yang pelik di pasaran.

Sebuah laman web, moillusions.com misalnya menyiarkan beberapa keping gambar yang menyaksikan beberapa orang wanita yang mengenakan pakaian yang jarang (transparent) dan “menampakkan” seluar dalam yang dipakai.

Namun sebenarnya, apa yang anda dapat lihat itu bukan pakaian dalam sebenar mereka. Ia adalah gambar yang dilukis di atas skrit atau seluar yang dikenakan mereka.

Yang menghairankan, wanita-wanita itu sanggup mengayakan fesyen ‘terlampau’ di khalayak ramai tanpa segan silu!

Penulis terbayang apakah akan reaksi masyarakat di negara ini sekiranya fesyen-fesyen sebegini berjaya menembusi pasaran tempatan.

Tergamakkah kita melihat ibu, kakak, adik perempuan atau saudara mara perempuan kita berpakaian sebegitu?

Atau paling tidak pun, apa pula reaksi para pelajar sekiranya pensyarah mereka mengenakan jeans yang “transparent” ketika di dewan kuliah?

Berikut adalah beberapa keping gambar fesyen ‘terlampau’ yang penulis maksudkan; – My News Hub

Tidak Malukah Nampak Seluar Dalam?