[Video] Luahan Hati Isteri Ustaz Uje

[Video] Luahan Hati Isteri Ustaz Uje - Pemergian Ustadz Jeffry Al Buchory bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam kepada isteri serta anak-anak beliau malah seluruh jemaah yang pernah hadir ke ceramah beliau.

Kuatnya seorang lelaki adalah dorongan isteri yang berada di sampingnya.

Isteri Allahyarham, Pipik Dian Irawati masih sukar untuk menerima pemerigian suaminya itu.

Tangisannya yang teresak-esak jelas menunjukkan kejadian tersebut seolah-olah menusuk ke dalam hatinya.

Justeru, Pipik dan empat anaknya perlu redha menerika qada’ dan qadar yang telah ditentukan Allah.

MyNewsHub ingin berkongsi sebuah video luahan hati Pipik yang dimuat naik oleh sebuah laman web terkemuka di Indonesia, KapanLagi.com.

Dalam video tersebut, Pipik memohon maaf atas segala kesilapan yang pernah dilakukan oleh Allahyarham.

Pipik juga berkongsi saat-saat terakhir dia bersama Allahyarham.

Keluarga besar MyNewsHub mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan bersimpati atas pemerigian seorang tokoh yang dikasihi ramai.

Al-Fatihah. – MyNewsHub

[Video] Luahan Hati Isteri Ustaz Uje