[Video] Pasangan Gay Menjerit Melompat Akibat Disebat

[Video] Pasangan Gay Menjerit Melompat Akibat Disebat - (Tidak sesuai untuk ditonton untuk bawah umur)

Sebelum ini viral di laman sosial sebuah video yang menunjukkan bagaimana seorang lelaki dan teman wanitanya yang ditangkap khalwat dikenakan hukuman.

Kali ini Mynewshub ingin berkongsi sebuah video tahun 2011 yang menunjukkan bagaimana pasangan gay dikenakan hukuman di pusat tahanan.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah negara di Amerika Latin.

Pihak berkuasa di negara tersebut bertindak untuk mengenakan hukuman sebat ke atas pasangan gay tersebut.

Umum mengetahui bahawa hukuman sebat seringkali dilaksanakan menggunakan rotan atau tali sebatan.

Namun, hukuman sebat di negara tersebut dilakukan dengan cara yang berbeza.

Sebatang kayu yang tebal dan panjang digunakan untuk memberi pengajaran kepada mereka yang mengamalkan perhubungan sejenis.

Pastinya hukuman tersebut amat menyakitkan apabila mangsa yang dikenakan hukuman menjerit dan melompat kesakitan.

Menjadi persoalan, adakah proses penyiksaan itu boleh dirakamkan?

Bukan itu sahaja, proses hukuman tersebut nampaknya dilakukan tanpa prosedur yang betul.

Pihak berkuasa dilihat agak tidak serius ketika melakukan hukuman.

Malah, si’penyebat’ juga dilihat mengetuk kepala mangsa.

Bagaimanapun, kita harus melihat proses hukuman itu dari sudut pandang yang positif.

Diharap supaya proses penyiksaan itu dapat menjadi iktibar kepada mereka diluar sana untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala negatif sebegitu. – MyNewsHub

[Video] Pasangan Gay Menjerit Melompat Akibat Disebat