Wah! Mawi Dah Ada Twitter Untuk Peminat

Selepas mendirikan rumah tangga dengan pelakon wanita, Ekin, nama penyanyi yang sering dikatakan ‘World’, Asmawi Ani atau Mawi menjadi senyap seketika.

Malah, aktiviti seninya sama ada menerusi lakonan dan nyanyian juga sunyi tiada khabar.

Suatu ketika dahulu, fenomena ‘Mawi World’ memang benar-benar menggoncang dunia seni tanah air.

Kemunculannya dari rancangan hiburan realiti, Akademi Fantasia mampu meraih jutaan peminat dalam hanya sekelip mata.

Kemuncak popularitinya semakin meningkat sejurus selepas dia diangkat sebagai juara rancangan hiburan tersebut.

Ketika ini, ramai yang masih menanti-nanti berita terbaru penyanyi yang bersuara mantap itu.

Masih lagi hidup bahagia dan gembira di samping isterinya, Mawi semakin bahagia dengan kelahiran puteri sulungnya, Cahaya Malaika.

Terbaru, Mawi sudah pun membuka akaun laman sosial Twitternya sendiri berikutan ingin berada dekat dengan para peminatnya.

Mawi sudah pun mempunyai 2,066 ‘Followers’ di Twitternya.

Bagi peminat-peminat setia abang ‘botak’ itu, bolehlah mengikuti perkembangan dirinya di @CahayaAsmawi. – MyNewsHub

Wah! Mawi Dah Ada Twitter Untuk Peminat