Yasmin Hani Mengandung Empat Bulan

Yasmin Hani Mengandung Empat Bulan - Sebelum ini terdapat ura-ura mengatakan pelakon dan pengacara Yasmin Hani Richardson sudah hamil namun pada ketika itu masih tiada pengesahan daripada pihak Yasmin mahupun suaminya sendir mengenai kesahihan perkara terbabit.

Hari ini menerusi akaun Instagramnya, Hani telah berkongsi perkhabaran gembira itu dengan para peminatnya dengan mendedahkan bahawa dia kini sudah hamil empat bulan hasil perkahwinannya dengan bekas pemain drum kumpulan Black Rose, Sha’arin Razali.

Hani juga berharap agar semua peminatnya dapat mendoakan kesejahteraan anak yang bakal dilahirkannya itu serta kesejahteraan hubungannya bersama suami tercinta.

Cahaya mata ini merupakan yang sulung buat Hani sementara yang ketiga buat Sha’arin.

Sha’arin sebelum ini telah memperolehi sepasang cahaya mata yang kini berusia 20-an hasil perkahwinan pertamanya dahulu.

Tahniah diucapkan buat Hani dan suami. Semoga Hani tidak mengalami masalah alahan melampau yang sering kali melanda pada ibu mengandung. – MyNewsHub

Yasmin Hani Mengandung Empat Bulan